Sebastian Vettel
Sebastian Vettel

Sebastian Vettel

Sebastian Vettel (Tulisan Jawi: سباستيان ۏيتل; lahir 3 Julai 1987[1]) ialah seorang pemandu Formula Satu dari negara Jerman, yang kini memandu untuk pasukan negara Austria, Red Bull Racing. Beliau ialah Juara Dunia yang terkini, selepas memenangi kejuaraan tersebut pada tahun 2010, 2011, dan 2012.Dalam tahun pertamanya untuk Red Bull pada tahun 2009, Vettel menamatkan musim sebagai naib juara untuk Kejuaraan Pemandu Dunia yang termuda. Beliau juga mendapat petak pertama yang pertama bagi Red Bull dan memenangi perlumbaan pertama dalam sejarah pasukan tersebut. Pada tahun berikutnya, beliau menjadi pemandu termuda untuk menjuarai Kejuaraan Pemandu Dunia. Pada tahun yang sama, beliau membantu Red Bull untuk memenangi Kejuaraan Pengeluar Dunia yang pertama mereka. Pada tahun 2011, beliau menjuarai Kejuaraan Pemandu Dunia buat kali kedua, untuk menjadi pemandu termuda untuk menjuarai dua kejuaraan dunia berturut-turut. Vettel memenangi Kejuaraan Dunia F1 tahun 2012, dan menjadi pemandu termuda untuk memenangi tiga kejuaraan pemandu dalam sejarah sukan tersebut.[2]Vettel juga memegang pelbagai rekod "paling muda" dalam Formula Satu. Vettel merupakan pemandu yang paling muda untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan rasmi Grand Prix, mendahului sebuah perlumbaan, mendapat petak pertama,[3] dan memenangi sebuah perlumbaan.[4]Pada tahun 2013, Sebastian Vettel telah diumumkan sebagai Pengarah Prestasi bagi jenama automotif premium Infiniti, yang juga merupakan penaja untuk pasukan Infiniti Red Bull Racing.

Rujukan

WikiPedia: Sebastian Vettel http://www.tsn.ca/auto_racing/story/?id=249341&lid... http://www.tsn.ca/auto_racing/story/?id=249484&lid... http://flagworld.auto123.com/en/racing/news/index,... http://www.autosport.com/news/report.php/id/106393 http://www.autosport.com/news/report.php/id/106631 http://www.autosport.com/news/report.php/id/55728 http://www.autosport.com/news/report.php/id/61270 http://www.autosport.com/news/report.php/id/61531 http://www.autosport.com/news/report.php/id/64749 http://www.autosport.com/news/report.php/id/74059